Tak tahu kenapa aq rasa mcm sedih saja hari ni... semalaman aq ndak tidur coz terbaca 1 blog member... ntah la apa sebabnya.. sebab aq ndak tidur, so satu malam ni la juga aq layan "DOTA" saja sampai la jam 10 pagi ni.. huhuu...
ndak dapat tidur main dota la plak aq... raya ni aq rasa sunyi sgt... walaupun dapat beraya dgn family(mmg best la)... tapi terasa mcm ada kekurangan saja.. hmm... agaknya aq dah tau apa yg hati aq nakkan... cuma aq belum sedia utk meluahkan segalanya... sedih aq ni cuma kesedihan sebab kesunyian jak mgkn kan...
aq harap akan dapat capai kebahagiaan dan segala impian yang aq harapkan...
semua orang ada impian dan harapan... so sama2 la kita berdoa dan saling bantu membantu merealisasikan impian kita dan orang lain.... agaknya masih bulih lagi aq ucapkan.. "SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN..... SEMOGA KAMU BAHAGIA DISAMPING KELUARGA DAN ORANG TERSAYANG YANG TURUT MENYAYANGI DIRIMU....
SelamaT Berhari Raya
A'kum dan salam sejahtera.... Salam Aidilfitri diucapkan kepada kengkawan dan semua umat kat muka bumi ini.... Maaf Zahir dan Batin even ada or tak ada buat salah k... Hari ni aq ada kat Greek Perak beraya dengan my family... Even tak la best sangat macam kat kampung.. tapi, bulih2 la juga... janji dapat cuti.. n bulih rest2 ckit dari kursus n kerja... :)
Kepada Kengkawan yang ada dekat2 rumah tu.. datang la kat rumah ya.. :)
ada hidangan burasa n ayam lengkuas untuk korg.. hehee..... duit raya takda la... :D
ok la... selamat bergembira dan saling bermaafan dalam bulan aidilfitri ni... Maaf segala dipinta...
Pucuk Ulam Sedap Dimakan,
Tambah-tambah kalau dengan Belacan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan,
Semoga kita saling maaf dan bermaafan......
hehehe... :D

KamI SaTu TUDM..
Ni la antara anggota kenalan yang berada di tempat aq mengambil kursus asas untuk mengorak langkah ke dalam RMAF.... mudah-mudahan pengalaman ini akan memberi banyak manfaat dan pengetahuan kepada aq... :D
kacak-kacak ba semua kami ni... cita-cita nak jadi pegawai pilot dah tak mustahil jika ada usaha dalam diri kita masing2.. so.. usaha lebih lagi guys and girls.. :D
kacak-kacak ba semua kami ni... cita-cita nak jadi pegawai pilot dah tak mustahil jika ada usaha dalam diri kita masing2.. so.. usaha lebih lagi guys and girls.. :D
What New?
AKU BUAT BLOG NI PADA MALAM 31 OGOS 2010... TEPAT JAM 1 A.M...
WALAUPUN AKU TAK TAU MCM MANA NAK EDIT SEMUA BENDA2 NI... TAPI AKU TRY JAK LA MAIN CLICK SANA SINI AND TGK LA APA HASILNYA NANTI.... AKU MEMANG MINAT NAK BUAT BENDA2 MCM NI COZ KALAU MENJADI... AKU HARAPKAN HASILNYA JADI MENARIK DAN CANTIK...
AKU HARAP DENGAN TERJADINYA BLOG INI.. AKU AKAN DAPAT MENGHASILKAN SESUATU YANG MENARIK YANG MUNGKIN BOLEH DIKONGSI BERSAMA-SAMA PEMBACA BLOGGER NI.. :-)
SO... KLU ADA APA PUN KEKURANGAN DALAM NI.. HOPE KORANG DAPAT TINGGALKAN TUNJUK AJAR DALAM FACEBOOK AKU NANTI K... A'KUM...

13 RahSia
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

petanda jodoh....
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..
DoaKaN KeLuLuSaN KamI
Esok dan hari jumaat adalah ujian kami fasa yang kedua... hope semua dapat lulus la untuk ujian kali ni...
bersama-sama la kita berusaha dan berdoa agar diberi rahmat dan berkat menjalani ujian dalam bulan ramadan yang mulia ini....
usaha dan doa serta semangat yang kental pasti akan membuahkan hasil, walaupun tidak seberapa atau tidak seperti yang kita harapkan...
bersama-sama la kita menantikan apa yang bakal terjadi.. and hope kawan aq yang berada diluar sana turut mendoakan kejayaan kita semua.. semoga kita semua berjaya menjadi insan yang berguna dan dapat berbakti pada negara dan agama masing2.. :-D
Subscribe to:
Comments (Atom)